- Makmal komputer ini boleh digunakan berdasarkan prinsip " first come first use ". Walau bagaimanapun keutamaan adalah diberikan kepada penggunaan yang berkaitan dengan proses pengajaran-pembelajaran.
- Pelajar adalah dikehendaki mendaftar nama dan meninggalkan kad pengenalan diri dengan petugas dikaunter masuk makmal.
- Pelajar perlu mendaftar nama sekurang-kurang SATU HARI lebih awal sekiranya mereka ingin membuat tempahan menggunakan komputer.
- Pelajar tidak boleh menggunakan makmal komputer tanpa kehadiran petugas atau guru penyelia makmal komputer.
- Pelajar dikehendaki menyimpan data atau fail dalam disket, BUKAN dalam cakera keras.
- Pelajar hendaklah membuat scanning disket masing-masing untuk mengesan virus.
- Disket boleh dibeli dikaunter masuk makmal komputer.
- Pelajar yang memerlukan perisian komputer tertentu perlu memaklumkan hal iii kepada petugas atau guru penyelia makmal komputer sekurang-kurangnya TIGA(3) HARI sebelum tarikh dikehendaki. Pelajar adalah dilarang memasukkan (install) sebarang program atau perisian sendiri ke dalam cakera padat.
- Makmal komputer ini tidak boleh digunakan oleh pelajr persendirian semasa pengaran dan pembelajaran berjalan, WALAUPUN ada lebihan komputer pada masa tersebut.
- Pelajar perlu mengedit dan membuat bacaan pruf kerja-kerja mereka sebelum membuat cetakan. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak____ untuk setiap helaian cetakan laser yang melebihi SEPULUH (10) MUKA SURAT. Bayaran boleh dibuat dikaunter sebelum meninggalkan bilik makmal komputer. Membuat cetakan berbilang muka surat (multiple copies printing) adalah tidak dibenarkan.
- Pelajar hendaklah berhubung dengan petugas atau penyelia makmal komputer mengenai sebarang masalah atau kemusykilan yang dihadapi.
- Pelajar hendaklah membuat laporan dengan segera mengenai sebarang kerosakan pada komputer kepada petugas atau guru penyelia makmal komputer.
Friday, March 23, 2007
- Peraturan Makmal Komputer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah... teruskan!
Post a Comment