Saturday, March 24, 2007

- Internet

1.1 Pengenalan Kepada Internet
- Internet adalah singkatan kepada “International Networking”.
- Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang terdapat diseluruh dunia.
- Internet adalah satu kemudahan yang membolehkan kita mendapatkan maklumat serta dapat berkomunikasi dengan segera.
- Sehingga sekarang, dianggarkan terdapat lebih dari 50,000 jaringan dengan 50 juta alamat diseluruh dunia.
- Internet juga biasa disebut sebagai ruang maya (cyberspace).

1.2 Sejarah Internet
- Internet bermula dari satu kajian rahsia Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam tahun 1969.
- Kajian tersebut adalah untuk mencari satu sistem rangkaian komputer yang kalis serangan ketenteraan. Ia dikenali sebagai ARPAnet.
- Komputer-komputer tersebut berkomunikasi dgn menggunakan set peraturan yang dinamakan Internet Protocol (IP) atau Protokol Internet.
- 1972, ARPAnet didedahkan kepada orang ramai.
- IP telah dikemaskini menjadi Perisian Kawal Transmisi / Protokol Internet atau (Transmission Control Program /
Internet Protocol) TCP/IP.
- National Science Foundation (NSF) membina NSFnet di mana ia menyambungkan jaringan 5 pusat superkomputer yang digabungkan dengan TCP/IP.
- 1991, www diperkenalkan.
- 1992, Jaring ditubuhkan dan diselenggara oleh MIMOS.
- 1993, internet menjadi faktor utama dalam bidang saham.
- 1995, tahun lebuhraya maklumat dimana enjin carian www, bahasa java dan VRML (virtual reality mark-up language) diperkenalkan.
- 1999, lebih 100 juta pengguna internet didunia.

1.3 Bahagian-bahagian internet :

1.3.1 Internet Fizikal (luaran):
- Tertumpu kepada perkakasan yang diperlukan untuk pengguna membuat sambungan ke internet.
- Apabila satu komputer disambung ke internet, pengguna akan dapat mencapai komputer lain yang juga
bersambung ke internet.

1.3.2 Internet Isian (dalaman) :
- Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang dikenali sebagai protokol.
- Protokol ini membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lain.
- Protokol ini dikenali sebagai Perisian Kawal Transmisi/Protokol Internet (Transmission Control Program/
Internet Protocol) atau singkatannya TCP/IP

1.4 Sambungan ke Internet
- Untuk sambung ke internet, perkara-perkara asas berikut diperlukan :
i. Komputer
ii. Modem
iii. Talian Telefon
iv. Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

1.5 Kelebihan Internet
- Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh diperolehi dari internet dalam semua bidang, antaranya :
i. Maklumat yang didapati adalah lebih cepat dan murah.
ii. Mengurangkan kos kertas dan pemasaran.
iii. Menjadi media promosi.
iv. Komunikasi interaktif.
v. Sebagai alat penyelidikan dan pembangunan.
vi. Pertukaran data.

1.6 Aplikasi Capaian Dalam Internet

1.6.1 Pengenalan
- Untuk capaian internet, perisian khas diperlukan.
- Antara penyemak imbas (browser) yang sering digunakan adalah Internet Explorer dan Netscape Navigator.
- Dengan menggunakan browser tersebut, banyak aplikasi internet dapat dicapai.

1.6.2 Capaian Internet Menggunakan Internet Explorer (IE)


Rajah 1 : Microsoft Internet Explorer

- Pelayar web ini dihasilkan oleh Microsoft Corporation.
- Internet Explorer boleh memainkan fail video AVI secara langsung (live).
- Ia juga berkeupayaan untuk menjana skrip Visual Basic dan Java Applet. -

1.6.3 Ciri-ciri antaramuka IE

1.6.3.1 Bar Tajuk
- Bar ini biasanya memberitahu tajuk/nama bagi sesebuah laman web yang dilawati.


1.6.3.2 Bar Menu
- Antara menu-menu yang terdapat di Bar Menu Internet Explorer adalah seperti :
i. File
ii. Edit
iii. View
iv. Favorites
v. Tools
vi. Help

1.6.3.3 Bar Alatan
- Antara ikon-ikon yang terdapat di Bar Alatan Internet Explorer adalah seperti :
i. Back
ii. Forward
iii. Stop
iv. Refresh
v. Home
vi. Search
vii. Favorites
viii. History
ix. Mail
x. Print
xi. Edit

1.6.3.4 Bar Alamat

- Untuk melayari sesebuah laman web (homepage), taip URL di dalam bar alamat / kotak alamat yang terdapat pada browser Internet Explorer.
- Kemudian, tekan ENTER.

1.6.4 Capaian Internet Menggunakan Netscape Navigator.


Rajah 3 : Netscape Navigator

- Netscape Navigator adalah sejenis perisian pelanggan pelayar web yang berasaskan grafik. - Dengan menggunakan perisian ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki di pelayar web dengan mudah sekali. - Untuk menggunakan perkhidmatan ini, perisian ini perlu di pasang (install) dalam komputer pelanggan.

1.6.5 Ciri-ciri antaramuka Netscap

1.6.5.1 Bar Tajuk
- Bar ini biasanya memberitahu tajuk/nama bagi sesebuah laman web yang dilawati.

1.6.5.2 Bar Menu
- Antara menu-menu yang terdapat di Bar Menu Netscape Navigator adalah seperti :
i. File
ii. Edit
iii. View
iv. Go
v. Communicator
vi. Help

1.6.5.3 Bar Alatan
- Ia membantu dalam mengawal segala pandu arah skrin asas dan kerja memuat dokumen. - Antara ikon-ikon yang terdapat pada Bar Alatan Netscape Navigator adalah seperti :

i. Back
ii. Forward
iii. Reload
iv. Home
v. Search
vi. Netscape
vii. Print
viii. Security
ix. Shop
x. Stop

1.6.5.4 Bar Alamat
- Untuk melayari sesebuah laman web (homepage), taip URL di dalam bar alamat / kotak alamat yang terdapat
pada browser Netscape Navigator.
- Kemudian, tekan ENTER.

1.7 Aplikasi-aplikasi Internet

1.7.1 Memulai Internet
- Untuk mencapai internet, kita memerlukan komputer, modem, talian telefon dan mendaftar ke Pembekal
Perkhidmatan Internet (ISP).
- ISP yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti TMnet dan Jaring.
- Antara jenis capaian yang diberikan oleh ISP ialah :
i. IP Connection
ii. Dial-UP Connection

1.7.2 Apa itu Uniform Resource Locator (URL)?
- URL memberitahu alamat internet bagi suatu fail yang disimpan dalam komputer hos yang disambungkan ke internet.
- Setiap fail mempunyai URL yang unik.
- URL menggunakan Domain Name System (DNS).
- URL terdiri dari 4 bahagian :
i. Protokol
ii. Nama domain
iii. Path
iv. Nama fail

- Format standard bagi URL :
Protokol://nama-domain/path/nama-fail.
- Contoh : http://www.kris.edu/internet/bab2.html

1.7.3 Aplikasi perkhidmatan internet yang popular
- World Wide Web (WWW)
- Mel Elektronik (email)
- Newgroups atau Bulletin Board
- Perbualan teks talian terus atau chatting.
- Video Conference
- Download dan Upload file menggunakan FTP
- E-commerce atau e-dagang.


1.7.4 World Wide Web (WWW)

- WWW adalah aplikasi yang paling menarik di Internet dan aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan.
- Banyak kemudahan yang dapat dilakukan seperti :
i. Memesan atau membeli suatu barang secara online.
ii. Mendaftar secara online.
iii. Mencapai multimedia - Maklumat yang diletakkan di WWW disebut “homepage” dan setiap homepage
mempunyai alamatnya masing-masing.
- Penyemak imbas (browser) yang sering digunakan ialah Internet Explorer dan Netscape Navigator.
- Setiap WWW mempunyai alamat internet atau URL yang bermula dengan http://

1.7.5 Mel Elektronik
- Mel Elektronik (Emel) adalah satu kemudahan yang paling banyak digunakan di Internet.
- E-mel merupakan alat komunikasi yang paling murah dan cepat.
- Dengan menggunakan emel, kita dapat berhubungan dengan sesiapa sahaja yang terhubung ke Internet.
- Melalui emel, kita dapat mengirim mesej, fail-fail seperti program, gambar, grafik, data dan sebagainya.
- Kita juga dapat mengirim ke lebih dari satu orang sekaligus dalam satu masa.
- Bagi menggunakan kemudahan emel, pengguna perlu mengetahui alamat emel penerima yang akan menerima mesej
tersebut.
- Setiap alamat emel adalah unik dan tidak mungkin berlaku 2 pengguna mempunyai alamat yang sama.


Tidak dibenarkan

Dibenarkan

SSK0304@yahoo.com

SSK0304@yahoo.com

SSK0304@yahoo.com
SSK0304@hotmail.com


1.7.6 Ciri-ciri antaramuka Mel Elektronik




1.7.7 Newsgroup
- Newsgroup ialah kumpulan perbincangan dalam internet yang berkenaan dengan setiap topik yang boleh dibayangkan. - Ia merangkumi sesuatu topik yang spesifik.
- Ia membolehkan pengguna untuk berbincang, berbahas dan berkongsi maklumat berkenaan dengan topik yang dipilih. - Sesuatu newsgroup membentuk satu siri mesej-mesej yang berkait dengan topik sebelumnya atau topik yang berkaitan
dengan keadaan semasa.

1.7.8 Aturan Newsgroup
- Newsgroup diatur mengikut hierarki, kategori dan kumpulan.
- Berikut ini adalah beberapa kategori utama newsgroup global :

i. biz. Berorientasikan perniagaan
ii. comp. Berorientasikan komputer
iii. misc. Berkaitan dengan topik am
iv. news. Berita berkenaan internet
v. rec. Aktiviti Rekreasi
vi. sci. Isu Saintifik
vii. soc. Isu Sosiologikal
viii. takl. Berorientasikan perbahasan


1.7.9 Ciri-ciri antaramuka Newsgroup
- Untuk menyertai Newsgroup, perisian newsreader perlu ada.
- E dan Netscape mempunyai perisian ini.
- Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menggunakan sesuatu Newsgroup :
i. Buka Outlook Express di komputer anda.
ii. Klik butang Newsgroup pada bar alatan (toolbar).
iii. Seterusnya, anda boleh membaca dan memberi pendapat berkenaan dengan topik yang dipilih.


1.7.10 Perbualan teks talian terus (Chatting)
- Chat adalah program aplikasi internet yang membolehkan kita berbicara secara langsung (online) dengan lawan
bicara kita.
- Program yang biasa digunakan adalah seperti :
i. IRC – Internet Relay Chat
ii. YM – Yahoo! Messenger
iii. MSN Messenger Service
- Biasanya, komunikasi melalui Chat adalah dengan menggunakan papan
kekunci.

1.7.11 Video Conference
- Ia juga berfungsi sama seperti chat, bezanya ia menggunakan sistem audio dan video. - Ini bermaksud, satu
persidangan dapat dilakukan secara serentak meskipun ahli-ahli persidangan itu tidak berada pada satu-satu tempat
yang spesifik.
- Ia hanya menggunakan sistem audio untuk mendengar suara dan sistem video untuk melihat ahli-ahli persidangan yang
sedang mengikuti persidangan tersebut.

1.7.12 Download dan Upload fail menggunakan FTP
- Memindahkan fail dari satu sistem ke sistem yang lain.
- Pengguna bebas memilih fail mana yang ingin dipindahkan.
- Terdapat lebih daripada 2000 ftp anonymous yang menyediakan berbagai jenis fail.

1.7.13 Menggunakan FTP
- Klik Start dan pilih menu Run. Taipkan ftp di dalam kotak open: Dan tekan OK.



- Pengguna perlu mengetahui nama user dan password bagi membuka ftp.
- Ftp anonymous adalah ftp yang boleh diakses oleh sesiapa pun tanpa perlu mengetahui nama user dan ftp tersebut.
- Contoh ftp anonymous ialah : ftp.netscape.com, ftp.jaring.my, dll.

1.7.14 Telnet
- Telnet dapat menghubungkan komputer yang jauh dari komputer kita.
- Jadi yang dilihat di monitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut.
- Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan telnet :
i. Mencari katalog perpustakaan, kampus dan sebagainya.
ii. Mencapai pangkalan data (database)
iii. Mencapai Bulletin Board sesebuah organisasi.
- Untuk menggunakan telnet, kita harus mempunyai IP address atau domain name.
- Untuk mencapai telnet, kita perlu mengetahui ‘login name’ dan ‘password’ telnet tersebut.

1.7.15 Gopher
- Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari maklumat yang ada di Internet, tetapi hanya “text base” saja, atau
berdasarkan teks.
- Untuk mendapatkan maklumat melalui gopher, kita harus menghubungkan diri dengan gopher server yang ada
di internet.

1.7.16 Ping
- Ping adalah singkatan dari Packet Internet Gopher.
- Fungsi dari ping adalah adalah untuk melihat apakah ada hubungan antara komputer yang satu dengan yang
lainnya dengan cara mengirim sejumlah paket data.

1.7.17 Archie
- Ia digunakan untuk mengetahui nama sistem dan direktori bagi sesuatu fail.
- Elok digunakan sebelum menggunakan FTP.

1.8 Strategi Pencarian Maklumat
1.8.1 Langkah-langkah Pencarian Maklumat
- Berikut adalah langkah-langkah untuk mencari maklumat mengenai sesuatu topik secara sistematik dan
efektif :
i. Tentukan topik.
ii. Kenalpasti konsep, katakunci dan dapatkan definisi topik.
iii. Senaraikan sinonim, singkatan dan istilah yang berkaitan.
iv. Bina strategi pencarian menggunakan logik Bolean.
v. Kenalpasti sumber maklumat yang perlu digunakan.
vi. Cari maklumat menggunakan sumber maklumat yang telah dikenalpasti.
vii. Ubahsuai pencarian maklumat jika perlu.
viii. Buat penilaian maklumat yang telah diperolehi.


1.8.2 Enjin Pencarian Maklumat Internet
- Terdapat banyak jenis enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Antaranya :

1.8.3 Enjin Pencarian Berbentuk Indeks
- Terdapat 2 jenis operator :
i. Operator Logik Boolean seperti AND, OR dan NOT.
ii. Operator Logik tidak konvensional seperti + dan –

- Contoh enjin pencarian :

i. Altavista
ii. Go To
iii. Hotbot
iv. Lycos
v. Savvy Search

1.8.4 Enjin Pencarian Berbentuk Direktori
- Enjin ini menyenaraikan laman web yang disusun mengikut topik dan sub-topik.
- Contoh enjin pencarian :

i. Yahoo
ii. Galaxy
iii. Magellan

1.8.5 Kombinasi Enjin Berbentuk Direktori dan Enjin Pencarian
- Contoh Enjin Pencarian :
i. Excite
ii. Infoseek
iii. Lycos
iv. WebCrawler

1.8.6 Enjin Pencarian Berbentuk Meta
- Pencarian melalui beberapa enjin pencarian secara serentak. - Contoh adalah seperti :
i. SavvySearch (28 enjin)
ii. MetaCrawler (9 enjin)
iii. SuperSeek (10 enjin)
iv. All4One (4 enjin)
v. FastSearch

1.8.7 Mencari alamat e-mel individu di internet :-
Kita boleh mencari alamat e-mel di internet dengan mudah melalui penggunaan enjin pencarian.
- Contoh enjin pencarian yang digunakan untuk tujuan ini :
i. Four11
ii. BigFoot
iii. WhoWhere?
iv. World Email Directory
v. Yahoo People Search

1.8.8 Maklumat mengenai Malaysia
- Berikut adalah antara contoh laman web yang boleh kita layari untuk mendapatkan maklumat mengenai Malaysia :
i. http://www.cari.com.my/
ii. http://www.catcha.com.my/
iii. http://www.malaysia.asiaco.com/
iv. http://www.malaysiadirectory.com/
v. http://www.searchmalaysia.com

No comments: