Saturday, March 24, 2007

- Internet

1.1 Pengenalan Kepada Internet
- Internet adalah singkatan kepada “International Networking”.
- Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang terdapat diseluruh dunia.
- Internet adalah satu kemudahan yang membolehkan kita mendapatkan maklumat serta dapat berkomunikasi dengan segera.
- Sehingga sekarang, dianggarkan terdapat lebih dari 50,000 jaringan dengan 50 juta alamat diseluruh dunia.
- Internet juga biasa disebut sebagai ruang maya (cyberspace).

1.2 Sejarah Internet
- Internet bermula dari satu kajian rahsia Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam tahun 1969.
- Kajian tersebut adalah untuk mencari satu sistem rangkaian komputer yang kalis serangan ketenteraan. Ia dikenali sebagai ARPAnet.
- Komputer-komputer tersebut berkomunikasi dgn menggunakan set peraturan yang dinamakan Internet Protocol (IP) atau Protokol Internet.
- 1972, ARPAnet didedahkan kepada orang ramai.
- IP telah dikemaskini menjadi Perisian Kawal Transmisi / Protokol Internet atau (Transmission Control Program /
Internet Protocol) TCP/IP.
- National Science Foundation (NSF) membina NSFnet di mana ia menyambungkan jaringan 5 pusat superkomputer yang digabungkan dengan TCP/IP.
- 1991, www diperkenalkan.
- 1992, Jaring ditubuhkan dan diselenggara oleh MIMOS.
- 1993, internet menjadi faktor utama dalam bidang saham.
- 1995, tahun lebuhraya maklumat dimana enjin carian www, bahasa java dan VRML (virtual reality mark-up language) diperkenalkan.
- 1999, lebih 100 juta pengguna internet didunia.

1.3 Bahagian-bahagian internet :

1.3.1 Internet Fizikal (luaran):
- Tertumpu kepada perkakasan yang diperlukan untuk pengguna membuat sambungan ke internet.
- Apabila satu komputer disambung ke internet, pengguna akan dapat mencapai komputer lain yang juga
bersambung ke internet.

1.3.2 Internet Isian (dalaman) :
- Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang dikenali sebagai protokol.
- Protokol ini membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lain.
- Protokol ini dikenali sebagai Perisian Kawal Transmisi/Protokol Internet (Transmission Control Program/
Internet Protocol) atau singkatannya TCP/IP

1.4 Sambungan ke Internet
- Untuk sambung ke internet, perkara-perkara asas berikut diperlukan :
i. Komputer
ii. Modem
iii. Talian Telefon
iv. Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

1.5 Kelebihan Internet
- Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh diperolehi dari internet dalam semua bidang, antaranya :
i. Maklumat yang didapati adalah lebih cepat dan murah.
ii. Mengurangkan kos kertas dan pemasaran.
iii. Menjadi media promosi.
iv. Komunikasi interaktif.
v. Sebagai alat penyelidikan dan pembangunan.
vi. Pertukaran data.

1.6 Aplikasi Capaian Dalam Internet

1.6.1 Pengenalan
- Untuk capaian internet, perisian khas diperlukan.
- Antara penyemak imbas (browser) yang sering digunakan adalah Internet Explorer dan Netscape Navigator.
- Dengan menggunakan browser tersebut, banyak aplikasi internet dapat dicapai.

1.6.2 Capaian Internet Menggunakan Internet Explorer (IE)


Rajah 1 : Microsoft Internet Explorer

- Pelayar web ini dihasilkan oleh Microsoft Corporation.
- Internet Explorer boleh memainkan fail video AVI secara langsung (live).
- Ia juga berkeupayaan untuk menjana skrip Visual Basic dan Java Applet. -

1.6.3 Ciri-ciri antaramuka IE

1.6.3.1 Bar Tajuk
- Bar ini biasanya memberitahu tajuk/nama bagi sesebuah laman web yang dilawati.


1.6.3.2 Bar Menu
- Antara menu-menu yang terdapat di Bar Menu Internet Explorer adalah seperti :
i. File
ii. Edit
iii. View
iv. Favorites
v. Tools
vi. Help

1.6.3.3 Bar Alatan
- Antara ikon-ikon yang terdapat di Bar Alatan Internet Explorer adalah seperti :
i. Back
ii. Forward
iii. Stop
iv. Refresh
v. Home
vi. Search
vii. Favorites
viii. History
ix. Mail
x. Print
xi. Edit

1.6.3.4 Bar Alamat

- Untuk melayari sesebuah laman web (homepage), taip URL di dalam bar alamat / kotak alamat yang terdapat pada browser Internet Explorer.
- Kemudian, tekan ENTER.

1.6.4 Capaian Internet Menggunakan Netscape Navigator.


Rajah 3 : Netscape Navigator

- Netscape Navigator adalah sejenis perisian pelanggan pelayar web yang berasaskan grafik. - Dengan menggunakan perisian ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki di pelayar web dengan mudah sekali. - Untuk menggunakan perkhidmatan ini, perisian ini perlu di pasang (install) dalam komputer pelanggan.

1.6.5 Ciri-ciri antaramuka Netscap

1.6.5.1 Bar Tajuk
- Bar ini biasanya memberitahu tajuk/nama bagi sesebuah laman web yang dilawati.

1.6.5.2 Bar Menu
- Antara menu-menu yang terdapat di Bar Menu Netscape Navigator adalah seperti :
i. File
ii. Edit
iii. View
iv. Go
v. Communicator
vi. Help

1.6.5.3 Bar Alatan
- Ia membantu dalam mengawal segala pandu arah skrin asas dan kerja memuat dokumen. - Antara ikon-ikon yang terdapat pada Bar Alatan Netscape Navigator adalah seperti :

i. Back
ii. Forward
iii. Reload
iv. Home
v. Search
vi. Netscape
vii. Print
viii. Security
ix. Shop
x. Stop

1.6.5.4 Bar Alamat
- Untuk melayari sesebuah laman web (homepage), taip URL di dalam bar alamat / kotak alamat yang terdapat
pada browser Netscape Navigator.
- Kemudian, tekan ENTER.

1.7 Aplikasi-aplikasi Internet

1.7.1 Memulai Internet
- Untuk mencapai internet, kita memerlukan komputer, modem, talian telefon dan mendaftar ke Pembekal
Perkhidmatan Internet (ISP).
- ISP yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti TMnet dan Jaring.
- Antara jenis capaian yang diberikan oleh ISP ialah :
i. IP Connection
ii. Dial-UP Connection

1.7.2 Apa itu Uniform Resource Locator (URL)?
- URL memberitahu alamat internet bagi suatu fail yang disimpan dalam komputer hos yang disambungkan ke internet.
- Setiap fail mempunyai URL yang unik.
- URL menggunakan Domain Name System (DNS).
- URL terdiri dari 4 bahagian :
i. Protokol
ii. Nama domain
iii. Path
iv. Nama fail

- Format standard bagi URL :
Protokol://nama-domain/path/nama-fail.
- Contoh : http://www.kris.edu/internet/bab2.html

1.7.3 Aplikasi perkhidmatan internet yang popular
- World Wide Web (WWW)
- Mel Elektronik (email)
- Newgroups atau Bulletin Board
- Perbualan teks talian terus atau chatting.
- Video Conference
- Download dan Upload file menggunakan FTP
- E-commerce atau e-dagang.


1.7.4 World Wide Web (WWW)

- WWW adalah aplikasi yang paling menarik di Internet dan aplikasi ini sangat penting dan banyak digunakan.
- Banyak kemudahan yang dapat dilakukan seperti :
i. Memesan atau membeli suatu barang secara online.
ii. Mendaftar secara online.
iii. Mencapai multimedia - Maklumat yang diletakkan di WWW disebut “homepage” dan setiap homepage
mempunyai alamatnya masing-masing.
- Penyemak imbas (browser) yang sering digunakan ialah Internet Explorer dan Netscape Navigator.
- Setiap WWW mempunyai alamat internet atau URL yang bermula dengan http://

1.7.5 Mel Elektronik
- Mel Elektronik (Emel) adalah satu kemudahan yang paling banyak digunakan di Internet.
- E-mel merupakan alat komunikasi yang paling murah dan cepat.
- Dengan menggunakan emel, kita dapat berhubungan dengan sesiapa sahaja yang terhubung ke Internet.
- Melalui emel, kita dapat mengirim mesej, fail-fail seperti program, gambar, grafik, data dan sebagainya.
- Kita juga dapat mengirim ke lebih dari satu orang sekaligus dalam satu masa.
- Bagi menggunakan kemudahan emel, pengguna perlu mengetahui alamat emel penerima yang akan menerima mesej
tersebut.
- Setiap alamat emel adalah unik dan tidak mungkin berlaku 2 pengguna mempunyai alamat yang sama.


Tidak dibenarkan

Dibenarkan

SSK0304@yahoo.com

SSK0304@yahoo.com

SSK0304@yahoo.com
SSK0304@hotmail.com


1.7.6 Ciri-ciri antaramuka Mel Elektronik




1.7.7 Newsgroup
- Newsgroup ialah kumpulan perbincangan dalam internet yang berkenaan dengan setiap topik yang boleh dibayangkan. - Ia merangkumi sesuatu topik yang spesifik.
- Ia membolehkan pengguna untuk berbincang, berbahas dan berkongsi maklumat berkenaan dengan topik yang dipilih. - Sesuatu newsgroup membentuk satu siri mesej-mesej yang berkait dengan topik sebelumnya atau topik yang berkaitan
dengan keadaan semasa.

1.7.8 Aturan Newsgroup
- Newsgroup diatur mengikut hierarki, kategori dan kumpulan.
- Berikut ini adalah beberapa kategori utama newsgroup global :

i. biz. Berorientasikan perniagaan
ii. comp. Berorientasikan komputer
iii. misc. Berkaitan dengan topik am
iv. news. Berita berkenaan internet
v. rec. Aktiviti Rekreasi
vi. sci. Isu Saintifik
vii. soc. Isu Sosiologikal
viii. takl. Berorientasikan perbahasan


1.7.9 Ciri-ciri antaramuka Newsgroup
- Untuk menyertai Newsgroup, perisian newsreader perlu ada.
- E dan Netscape mempunyai perisian ini.
- Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menggunakan sesuatu Newsgroup :
i. Buka Outlook Express di komputer anda.
ii. Klik butang Newsgroup pada bar alatan (toolbar).
iii. Seterusnya, anda boleh membaca dan memberi pendapat berkenaan dengan topik yang dipilih.


1.7.10 Perbualan teks talian terus (Chatting)
- Chat adalah program aplikasi internet yang membolehkan kita berbicara secara langsung (online) dengan lawan
bicara kita.
- Program yang biasa digunakan adalah seperti :
i. IRC – Internet Relay Chat
ii. YM – Yahoo! Messenger
iii. MSN Messenger Service
- Biasanya, komunikasi melalui Chat adalah dengan menggunakan papan
kekunci.

1.7.11 Video Conference
- Ia juga berfungsi sama seperti chat, bezanya ia menggunakan sistem audio dan video. - Ini bermaksud, satu
persidangan dapat dilakukan secara serentak meskipun ahli-ahli persidangan itu tidak berada pada satu-satu tempat
yang spesifik.
- Ia hanya menggunakan sistem audio untuk mendengar suara dan sistem video untuk melihat ahli-ahli persidangan yang
sedang mengikuti persidangan tersebut.

1.7.12 Download dan Upload fail menggunakan FTP
- Memindahkan fail dari satu sistem ke sistem yang lain.
- Pengguna bebas memilih fail mana yang ingin dipindahkan.
- Terdapat lebih daripada 2000 ftp anonymous yang menyediakan berbagai jenis fail.

1.7.13 Menggunakan FTP
- Klik Start dan pilih menu Run. Taipkan ftp di dalam kotak open: Dan tekan OK.



- Pengguna perlu mengetahui nama user dan password bagi membuka ftp.
- Ftp anonymous adalah ftp yang boleh diakses oleh sesiapa pun tanpa perlu mengetahui nama user dan ftp tersebut.
- Contoh ftp anonymous ialah : ftp.netscape.com, ftp.jaring.my, dll.

1.7.14 Telnet
- Telnet dapat menghubungkan komputer yang jauh dari komputer kita.
- Jadi yang dilihat di monitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut.
- Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan telnet :
i. Mencari katalog perpustakaan, kampus dan sebagainya.
ii. Mencapai pangkalan data (database)
iii. Mencapai Bulletin Board sesebuah organisasi.
- Untuk menggunakan telnet, kita harus mempunyai IP address atau domain name.
- Untuk mencapai telnet, kita perlu mengetahui ‘login name’ dan ‘password’ telnet tersebut.

1.7.15 Gopher
- Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari maklumat yang ada di Internet, tetapi hanya “text base” saja, atau
berdasarkan teks.
- Untuk mendapatkan maklumat melalui gopher, kita harus menghubungkan diri dengan gopher server yang ada
di internet.

1.7.16 Ping
- Ping adalah singkatan dari Packet Internet Gopher.
- Fungsi dari ping adalah adalah untuk melihat apakah ada hubungan antara komputer yang satu dengan yang
lainnya dengan cara mengirim sejumlah paket data.

1.7.17 Archie
- Ia digunakan untuk mengetahui nama sistem dan direktori bagi sesuatu fail.
- Elok digunakan sebelum menggunakan FTP.

1.8 Strategi Pencarian Maklumat
1.8.1 Langkah-langkah Pencarian Maklumat
- Berikut adalah langkah-langkah untuk mencari maklumat mengenai sesuatu topik secara sistematik dan
efektif :
i. Tentukan topik.
ii. Kenalpasti konsep, katakunci dan dapatkan definisi topik.
iii. Senaraikan sinonim, singkatan dan istilah yang berkaitan.
iv. Bina strategi pencarian menggunakan logik Bolean.
v. Kenalpasti sumber maklumat yang perlu digunakan.
vi. Cari maklumat menggunakan sumber maklumat yang telah dikenalpasti.
vii. Ubahsuai pencarian maklumat jika perlu.
viii. Buat penilaian maklumat yang telah diperolehi.


1.8.2 Enjin Pencarian Maklumat Internet
- Terdapat banyak jenis enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Antaranya :

1.8.3 Enjin Pencarian Berbentuk Indeks
- Terdapat 2 jenis operator :
i. Operator Logik Boolean seperti AND, OR dan NOT.
ii. Operator Logik tidak konvensional seperti + dan –

- Contoh enjin pencarian :

i. Altavista
ii. Go To
iii. Hotbot
iv. Lycos
v. Savvy Search

1.8.4 Enjin Pencarian Berbentuk Direktori
- Enjin ini menyenaraikan laman web yang disusun mengikut topik dan sub-topik.
- Contoh enjin pencarian :

i. Yahoo
ii. Galaxy
iii. Magellan

1.8.5 Kombinasi Enjin Berbentuk Direktori dan Enjin Pencarian
- Contoh Enjin Pencarian :
i. Excite
ii. Infoseek
iii. Lycos
iv. WebCrawler

1.8.6 Enjin Pencarian Berbentuk Meta
- Pencarian melalui beberapa enjin pencarian secara serentak. - Contoh adalah seperti :
i. SavvySearch (28 enjin)
ii. MetaCrawler (9 enjin)
iii. SuperSeek (10 enjin)
iv. All4One (4 enjin)
v. FastSearch

1.8.7 Mencari alamat e-mel individu di internet :-
Kita boleh mencari alamat e-mel di internet dengan mudah melalui penggunaan enjin pencarian.
- Contoh enjin pencarian yang digunakan untuk tujuan ini :
i. Four11
ii. BigFoot
iii. WhoWhere?
iv. World Email Directory
v. Yahoo People Search

1.8.8 Maklumat mengenai Malaysia
- Berikut adalah antara contoh laman web yang boleh kita layari untuk mendapatkan maklumat mengenai Malaysia :
i. http://www.cari.com.my/
ii. http://www.catcha.com.my/
iii. http://www.malaysia.asiaco.com/
iv. http://www.malaysiadirectory.com/
v. http://www.searchmalaysia.com

Friday, March 23, 2007

- Aksesori Komputer

Pencetak moden (Printer) merupakan alat canggih. Perkakasan elektronik yang terdapat dalam sebuah pencetak sama dengan perkakasan elektronik yang terdapat dalam komputer itu sendiri. Pencetak mempunyai 6 jenis iaitu jenis Dot-Matrik, jenis Daisy Wheel, jenis Ink-Jet / jenis Bubble Jet, jenis Chain, jenis Drum dan jenis Laser.

Alat Pengimbas (Scanner) ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi Pencetak (Printer). Pencetak menjalankan tugas menukarkan data/maklumat digital kepada keluaran pada kertas, manakala Pengimbas pula menukarkan keluaran kekal pada kertas kepada data/maklumat digital untuk digunakan oleh komputer. Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk dimasukkan ke dalam komputer. Ia juga mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu jenis tangan dan jenis mendatar.


Pembesar suara (Speaker) merupakan alat untuk mengeluarkan bunyi dari komputer. Ia juga hanya untuk mengeluarkan bunyi semata-mata. Pembesar suara mempunyai banyak jenama dan jenisnya.



Kad Bunyi (Sound Card) adalah alat yang telah dicipta untuk kegunaan komputer bagi mengeluarkan bunyi. Secara tidak langsung menjadikan sesebuah komputer dapat dijadikan hiburan bagi pengguna.





Kad Jaringan (Network Card) merupakan alat untuk digunakan sebagai perantaraan antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya digunakan untuk menghubungkan komputer-komputer dalam sesuatu kawasan setempat.



Kad TV (TV Card) merupakan alat yang menerima gelombang televisyen daripada stesyen teleyisyen. Secara tidak langsung menjadikan komputer itu sebagai TV.






Kad Radio (Radio Card) merupakan alat yang dicipta untuk menerima gelombang radio FM/AM dan menjadikan sesebuah komputer dapat menerima gelombang radio.

- Perkakasan Komputer

Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.







Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic circuit).



Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.


RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.






Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.



Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang digunakan sebagai tempat menulis dan membaca daripada cakera liut (Floppy Disk) tetapi Cakera Liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya hanya 1.44MB.



Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera padat dengan saiz yang besar dan sehingga 680MB bagi setiap cakera padat tetapi ianya bergantung kepada jenis cakera padat yang digunakan.




Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras. Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory)"




Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia merupakan Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada tahun 1996 dan kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie) dan penyimpanan data. Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera Padat, Cakera Laser and VHS dalam semua aplikasinya.




Bekalan Kuasa (Power Supply) merupakan bersifat sebagai alat penurun arus dari bekalan elektrik 240 Volt kepada kuasa 12 volt dan 5 volt khas untuk kegunaan komputer. Keselamatan: Bekalan Kuasa menggunakan kuasa yang tinggi, pastikan baca amaran di kulit Bekalan Kuasa.

- Peraturan Makmal Komputer

  1. Makmal komputer ini boleh digunakan berdasarkan prinsip " first come first use ". Walau bagaimanapun keutamaan adalah diberikan kepada penggunaan yang berkaitan dengan proses pengajaran-pembelajaran.
  2. Pelajar adalah dikehendaki mendaftar nama dan meninggalkan kad pengenalan diri dengan petugas dikaunter masuk makmal.
  3. Pelajar perlu mendaftar nama sekurang-kurang SATU HARI lebih awal sekiranya mereka ingin membuat tempahan menggunakan komputer.
  4. Pelajar tidak boleh menggunakan makmal komputer tanpa kehadiran petugas atau guru penyelia makmal komputer.
  5. Pelajar dikehendaki menyimpan data atau fail dalam disket, BUKAN dalam cakera keras.
  6. Pelajar hendaklah membuat scanning disket masing-masing untuk mengesan virus.
  7. Disket boleh dibeli dikaunter masuk makmal komputer.
  8. Pelajar yang memerlukan perisian komputer tertentu perlu memaklumkan hal iii kepada petugas atau guru penyelia makmal komputer sekurang-kurangnya TIGA(3) HARI sebelum tarikh dikehendaki. Pelajar adalah dilarang memasukkan (install) sebarang program atau perisian sendiri ke dalam cakera padat.
  9. Makmal komputer ini tidak boleh digunakan oleh pelajr persendirian semasa pengaran dan pembelajaran berjalan, WALAUPUN ada lebihan komputer pada masa tersebut.
  10. Pelajar perlu mengedit dan membuat bacaan pruf kerja-kerja mereka sebelum membuat cetakan. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak____ untuk setiap helaian cetakan laser yang melebihi SEPULUH (10) MUKA SURAT. Bayaran boleh dibuat dikaunter sebelum meninggalkan bilik makmal komputer. Membuat cetakan berbilang muka surat (multiple copies printing) adalah tidak dibenarkan.
  11. Pelajar hendaklah berhubung dengan petugas atau penyelia makmal komputer mengenai sebarang masalah atau kemusykilan yang dihadapi.
  12. Pelajar hendaklah membuat laporan dengan segera mengenai sebarang kerosakan pada komputer kepada petugas atau guru penyelia makmal komputer.

Thursday, March 22, 2007

- Sunway Lagoon


bergambar beramai-ramai kat jambatan gantung


rugi betul tak ambil gambar lepas main kat sini, semua muka takut gila


alahai control macho la plak dia ni bila jatuh


akhirnya berjaya juga main ice skating

- Selamat datang ke FKR WORLD

Ini merupakan langkah pertama fkr dalam menghasilkan blog ;D