Friday, March 23, 2007

- Perkakasan Komputer

Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.







Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic circuit).



Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.


RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.






Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.



Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang digunakan sebagai tempat menulis dan membaca daripada cakera liut (Floppy Disk) tetapi Cakera Liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya hanya 1.44MB.



Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera padat dengan saiz yang besar dan sehingga 680MB bagi setiap cakera padat tetapi ianya bergantung kepada jenis cakera padat yang digunakan.




Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras. Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory)"




Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia merupakan Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada tahun 1996 dan kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie) dan penyimpanan data. Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera Padat, Cakera Laser and VHS dalam semua aplikasinya.




Bekalan Kuasa (Power Supply) merupakan bersifat sebagai alat penurun arus dari bekalan elektrik 240 Volt kepada kuasa 12 volt dan 5 volt khas untuk kegunaan komputer. Keselamatan: Bekalan Kuasa menggunakan kuasa yang tinggi, pastikan baca amaran di kulit Bekalan Kuasa.

No comments: