Friday, March 23, 2007

- Aksesori Komputer

Pencetak moden (Printer) merupakan alat canggih. Perkakasan elektronik yang terdapat dalam sebuah pencetak sama dengan perkakasan elektronik yang terdapat dalam komputer itu sendiri. Pencetak mempunyai 6 jenis iaitu jenis Dot-Matrik, jenis Daisy Wheel, jenis Ink-Jet / jenis Bubble Jet, jenis Chain, jenis Drum dan jenis Laser.

Alat Pengimbas (Scanner) ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi Pencetak (Printer). Pencetak menjalankan tugas menukarkan data/maklumat digital kepada keluaran pada kertas, manakala Pengimbas pula menukarkan keluaran kekal pada kertas kepada data/maklumat digital untuk digunakan oleh komputer. Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk dimasukkan ke dalam komputer. Ia juga mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu jenis tangan dan jenis mendatar.


Pembesar suara (Speaker) merupakan alat untuk mengeluarkan bunyi dari komputer. Ia juga hanya untuk mengeluarkan bunyi semata-mata. Pembesar suara mempunyai banyak jenama dan jenisnya.



Kad Bunyi (Sound Card) adalah alat yang telah dicipta untuk kegunaan komputer bagi mengeluarkan bunyi. Secara tidak langsung menjadikan sesebuah komputer dapat dijadikan hiburan bagi pengguna.





Kad Jaringan (Network Card) merupakan alat untuk digunakan sebagai perantaraan antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya digunakan untuk menghubungkan komputer-komputer dalam sesuatu kawasan setempat.



Kad TV (TV Card) merupakan alat yang menerima gelombang televisyen daripada stesyen teleyisyen. Secara tidak langsung menjadikan komputer itu sebagai TV.






Kad Radio (Radio Card) merupakan alat yang dicipta untuk menerima gelombang radio FM/AM dan menjadikan sesebuah komputer dapat menerima gelombang radio.

No comments: